Latar belakang Ifa_Raziah

Ifa Raziah merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu-Arab. Beliau dibesarkan di Flat Pekeliling Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semasa di bangku sekolah, Ifa juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sukan kerana beliau sememangnya aktif dalam sukan di sekolah dan ingin menjadi peguam. Di samping itu, beliau juga bersekolah bersama dengan pelakon serta penyanyi Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida.

Perkahwinan dan Keluarga

Disaat meniti arus populariti pada era 90an, artis serbaboleh ini pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali namun kedua-dua perkahwinan tersebut tidak berkekalan lama. Selepas Ifa bercerai buat kali kedua, beliau telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah semasa masih bayi lagi.[8] Pada tahun 2004, Ifa telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Mohd Yani bin Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Shakir Aqili bin Mohd Yani.

Rujukan

WikiPedia: Ifa_Raziah http://www.astroawani.com/video-hiburan/ifa-raziah... http://www.gempak.com/artikel/1942/konsert-mega-ge... http://www.imdb.com/name/nm5269412/ http://www.bharian.com.my/node/236917 http://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ifa-raziah-g... http://m.utusan.com.my/hiburan/selebriti/cari-lagu...